LONTONG GORENG

RESEPI LONTONG GORENG YANG SEDAP DAN LAZAT
Bahan-bahannya :
● 1 mangkuk nasi impit [dipotong dadu]
● 25 biji cili kering - ukut suka kepedasannya
● 2 labu bawang merah dikisar halus
● 4 ulas bawang putih
● 2 sudu udang kering
● 100 gm. daging/ayam cincang
● 2 sudu rempah kari
● 2 biji telur
● 1 mangkuk kecil sayur campur
● 1 batang lobak merah-potong bulat jika suka
● segenggam taugeh
● kicap manis, kicap masin
● garam, secukup rasa
● daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya jika suka]
Cara-caranya :
1. Tumis bahan yang dikisar dan rempah kari hingga benar-benar garing & berbau wangi. Kemudian masukkan daging/ayam gaul hingga masak.
2. Masukkan lobak merah, kobis bunga & putik jagung. Masak sehingga lembut.Masukkan sayur campur dan digaul rata
3. Masukkan nasi impit yang telah didadu gaul hingga sebati.
4. Masukkan kicap masin dan kicap manis (agak-agak 2-3 sudu.) gaul hingga rata.
5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.
6. Rasalah tahap masin, masinnya secukupnya dan akhir sekali tabur daun sup dan bawang goreng jika sula.
Selamat mencuba!
Kredit resepi ini tidak dapat dikenal pasti. Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin utk kredit nama anda. Terima kasih

#kreadit kuali mama#

Comments

Popular posts from this blog

Kek Chocolate Moist

Puding Jagung

puding Caremal